Hala Madrid – Antonio Rudiger

MADRID: Antonio Rudiger diperkenalkan secara rasmi oleh Real Madrid selepas kontraknya bersama Chelsea tamat.

Pemain 29 tahun itu menandatangani kontrak empat tahun di Bernabeu selepas enggan melanjutkan kariernya di Stamford Bridge.

Walaupun perpindahan itu diumumkan dua minggu lalu, bek tengah itu terpaksa menunggu sehingga rehat perlawanan antarabangsa tamat untuk menyempurnakan perpindahannya.



Selepas mewakili Jerman di peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, Rudiger berangkat ke Sepanyol untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Selepas pemeriksaan rutin di Hospital Universiti Sanitas La Moraleja, Rudiger diperkenalkan kepada media di padang latihan kelab.

Bekas pemain Chelsea itu akan menyarung jersi nombor 22 yang sebelum ini menjadi milik Isco.

“Ia hari yang istimewa buat kita semua, terutama untuk diri saya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada orang tua saya, kerana tanpa mereka saya tidak akan ada di sini.



“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada presiden Real Madrid kerana memberikan saya peluang bermain untuk kelab hebat ini.

“Saya ingin memenangi sebanyak mungkin gelaran. Hala Madrid!” kata Rudiger.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button