Dulu ‘budak milo’, sekarang penjaring gol UCL

Dulu ‘budak milo’, sekarang penjaring gol UCL

Dulu ‘budak milo’, sekarang penjaring gol UCL
HAMILTON (dua dari kanan) mendapat pujian tinggi Guardiola selepas mempamerkan prestasi cemerlang ketika menewaskan Red Star awal pagi semalam. – AFP

BELGRADE – Juara Eropah, Manchester City meneruskan rekod cemerlang dengan kemenangan 100 peratus dalam aksi Kumpulan G selepas menewaskan Red Star Belgrade 3-2 pada aksi Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Rajko Mitic awal pagi semalam.

Menariknya, pemain tengah berusia 20 tahun, Micah Hamilton yang sudah bersama City sejak usia sembilan tahun, berjaya meledak gol pertama dalam debutnya bersama pasukan itu.

Hamilton yang sebelum ini pernah mewakili skuad bawah 16 tahun England, menerima hantaran daripada Matheus Nunes sebelum melakukan rembatan deras untuk membuka tirai jari­ngan pada minit ke-19.



Pengurus City, Pep Guardiola berbangga menyaksikan kecemerlangan Hamilton yang sebelum ini pernah menjadi ‘budak pengutip bola’ pada usia remajanya bersama kelab tersebut.

“Saya sangat gembira dengan prestasinya. Dia sering memperlihatkan kemahirannya dalam situasi satu lawan satu dan hari ini dia membuktikan kehebatannya, malah turut mendapatkan sepakan penalti,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan Turun Pangkat?




Bagaimanapun, Hamilton enggan cepat mendabik dada biarpun menerima pujian daripada Guardiola dan bertekad untuk menambat hati pengendali Sepanyol itu supaya dapat diberikan peluang membuat debut di Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Beliau (Guardiola) meletakkan saya di posisi sayap kanan. Jujurnya saya jarang bermain di posisi itu, tetapi saya menganggapnya sebagai satu cabaran dan cuba menikmatinya dalam perlawanan ini.

“Saya menganggap ini sebagai satu peluang terbaik untuk saya terus berikan yang terbaik agar dapat kekal berada dalam pasukan,” jelasnya.

Dua lagi gol The Citizens dalam aksi itu dijaringkan Oscar Bobb dan Kalvin Phillips, manakala Red Star meraih dua jaringan menerusi Hwang In-beom serta Aleksander Katai. – AGENSI



Dulu ‘budak milo’, sekarang penjaring gol UCL

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading