Naim Daniel kecewa ramai tonton ‘Projek High Council’ secara haram di media sosial
“Dilacur bagai satu mainan”
Naim Daniel kecewa ramai tonton ‘Projek High Council’ secara haram di media sosial

PELAKON dan penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa kesal apabila mendapat tahu drama lakonannya iaitu Projek High Council ditayangkan secara haram menerusi sebuah platform media sosial.
Naim, 26, berkata, pihak produkasi termasuk dirinya berhempas pulas demi menjayakan drama berkenaan namun tidak menyangka ada pihak tidak bertanggungjawab menyiarkannya secara haram.
“Siang malam, kami seluruh tenaga produksi bersengkang mata, memperjudikan kudrat dari terbit matahari, hingga ke terbitnya matahari satu lagi. Yang namanya dilakukan buat seni, di balas dengan ini.

Naim berkongsi perasaan kecewa itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan foto kumpulan laman sembang penyebaran drama berkenaan.
Menerusi gambar tersebut, kumpulan berkenaan berjaya meraih lebih 6,000 pelanggan sekali gus menyiarkan episod terkini drama berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Umum rehat politik, Azmin takut kalah
- Sudah tukar Empat Perdana Menteri masih tidak mampu dakwa Zeti.
- Pemilihan – ‘Broker’ pasang proksi untuk kuasai Umno
- Yang dipecat dan digantung keahlian letak harapan pada calon proksi dipemilihan UMNO.
- Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet
Naim yang memegang watak Ayam di dalam drama berkenaan memberitahu banyak dugaan yang memakan masa perlu diharungi bagi menyiapkan Projek High Council namun kini semuanya seakan sia-sia.
“Siang malam, yang lebam-luka satu badan, yang cedera semasa pengambaran, yang hilang selera makan. Diduga oleh pihak yang hilang malu dan ihsan.
“Yang bermati-matian buat persiapan, bukan makan hari tapi berbulan. Dilacur-murahkan bagai semuanya satu mainan,” katanya.

Naim bagaimanapun berharap agar pihak tidak bertanggungjawab itu dapat menjalani hidup yang tenang meskipun telah melakukan kesalahan.
“Harap kepada tukang sebar, tukang tonton, tukang bayar, tukang beli secara haram. Selamat dan lenalah buat kalian, siang dan juga malam,” kongsinya.
Perkongsian Naim itu meriah lebih 35,000 tanda suka yang rata-rata turut kecewa dengan tindakan individu berkenaan.

“Akhirnya ada juga yang bersuara, banyak dah yang bocor sebenarnya.
“Yang tengok secara haram kita jumpa dekat akhirat,” antara komen netizen.
Selain Naim, Projek: High Council turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Amir Ahnaf, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Sazzy Falak dan ramai lagi.
Drama tersebut ditayangkan setiap Isnin pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).