Ibu bunuh bayi 5 bulan tak tahan dengar tangisan

Surabaya: Seorang wanita di Indonesia disyaki melakukan kekerasan terhadap bayinya hingga meninggal dunia kerana tidak tahan mendengar tangisan.

Tribunnews melaporkan, bayi berusia lima bulan ditemukan meninggal dunia di rumahnya dekat Wonocolo, Indonesia pada malam Sabtu lalu.

Mangsa meninggal tiga hari ketika mayatnya ditemui berdasarkan keadaan tubuhnya bertukar hitam.



Penemuan mayat mangsa dilaporkan neneknya yang tidak tahan dengan bau busuk.

Pesuruhjaya Polis, Roycke berkata, suspek, Eka Sari Yuni Hartini, 26, dan suaminya ditahan beberapa jam selepas mayat anak mereka ditemui.

“Hasil siasatan mendapati terdapat bekas luka pada beberapa tubuh mangsa dari belakang kepala hingga punggung.

“Ia hasil pemeriksaan pasukan forensik polis Surabaya pada Sabtu lalu.



“Bukan sekali, namun berulang kali suspek melakukan kekerasan terhadap mangsa sehingga meninggal dunia pada 21 Jun cuma dilaporkan neneknya 25 Jun lalu,” katanya.

Menurut Roycke, suspek disyaki melakukan perbuatan itu jam 4 petang selepas memandikan mangsa.

Siasatan mendapati suami suspek tidak tahu perbuatan isterinya itu.

“Belum ada maklumat suami mangsa terbabit atau bersubahat. Suaminya tidak tahu.



“Manakala, nenek mangsa tahu namun diancam bunuh jika membongkarkan perbuatan itu,” katanya.

Berikutan kesalahan itu, suspek didakwa mengikut Fasal 80 Ayat 3 UU RI No, 35 tahun 2002 berkaitan perubahan UU No 23 tahun 2002 dan Perlindungan Anak dan atau Fasal 44 Ayat 3 dan 4, UU RI 23 2001 berkaitan penghapusan kekerasan dalam rumah tangga.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan atau minimum 15 tahun,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button