Sejarah “Team A” dan “Team B” berulang dalam Umno

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Tidak dapat dinafikan Umno pernah berpecah kepada 2 kumpulan sewaktu Dr Mahathir menjadi Presiden Umno. Sejarah kewujudan “Team A” dan “Team B” berikutan pertelingkahan Mahathir-Tengku Razaleigh memang sengit.

Akibatnya, Semangat 46 tertubuh apabila Mahathir menyisihkan mereka yang beliau rasakan ‘melawannya’ sewaktu pemilihan parti diadakan. Mahathir, pada ketika itu mahu mengekalkan cengkamannya dalam Umno.

Susulan perkara tersebut, BN kehilangan kuasa di Kelantan pada pilihanraya umum 1990 sehingga kini. Kelantan terus dikuasai PAS kerana ego Mahathir yang tamak kuasa dan hanya mahu semua ahli Umno setia kepadanya.



SEJARAH BERULANG KERANA SIKAP ‘TAMAK’ BROKER DALAM UMNO

 

Umno-Team B
Grafik yang viral di Media Sosial

Selepas tiga dekad, kini Umno dikatakan bakal mengulang kembali sejarah kewujudan “Team A” dan “Team B”.

Persoalannya, adakah senarai didalam grafik yang tersebar dalam media sosial sejak semalam benar? Siapa pencatur semua ini?

Segalanya bermula bila Pakatan Harapan mengambil alih kuasa selepas menang PRU14. Atas sifat ‘balas dendam’, Mahathir memulakan langkah untuk ‘membunuh’ Umno. 

Langkah awal pergerakan ialah mengenakan pelbagai ‘pertuduhan tanpa bukti’ terhadap pemimpin Umno yang masih berdegil mempertahankan Umno.



Ramai kalangan pemimpin Umno yang gusar akan diheret ke Mahkamah, mengambil keputusan ‘melompat’ dan bersama di blok Mahathir.

Manakala pemimpin yang masih setia dengan perjuangan Umno mula menerima akibatnya. Dakwaan ‘politik’ mula dikenakan terhadap mereka dengan konsep – tuduh dahulu, bukti kemudian. Namun, tidak semua pemimpin Umno gentar dengan cara Mahathir.

Biarpun terpaksa naik turun Mahkamah, pemimpin yang masih kekal setia dalam perjuangan Umno terus bertahan dengan taktikal ‘kotor’ yang dikenakan terhadap mereka.

Antara yang menjadi mangsa, Najib Razak, Zahid Hamidi, Shahrir Samad, Ahmad Maslan dan beberapa orang lagi pemimpin Umno yang bersemangat kental mempertahankan Umno.

Bagaimanapun, kerana kedegilan pemimpin ini, Umno kembali bangkit apabila terus membawa suara rakyat dan memperjuangkan hak rakyat.

Umno 2018-2022

PEMIMPIN UMNO TERPUKAU DENGAN TAWARAN JAWATAN 

Kesannya, Pakatan Harapan tumbang selepas ‘menjarah’ selama 22 bulan. Satu persatu kebejatan Pakatan Harapan terburai bila Mahathir ‘memecat’ dirinya sendiri dari jawatan Perdana Menteri ekoran ‘Sheraton Move’.

Susulan kejatuhan Pakatan Harapan, pemimpin Umno diuji dengan tawaran jawatan oleh Muhyiddin Yassin yang diangkat menjadi Perdana Menteri Ke-8. 

Namun demikian, ‘nyawa politik’ Muhyiddin juga tidak bertahan lama bila beliau GAGAL mengurus masalah negara. 

Umno sekali lagi diuji apabila Ismail Sabri diangkat sebagai Perdana Menteri Ke-9. Kali ini ujian yang lebih besar apabila kalangan pemimpin Umno yang dahulunya lari dan menyorok selepas kekalahan sudah mula tampil dan mengaku merekalah paling setia dan berjuang untuk kelangsungan Umno sepanjang di blok pembangkang.

‘Mereka’ inilah yang mendapat laba bila diberikan jawatan dalam kabinet serta kedudukan dalam GLC. Mereka jugalah yang kini menjadi ‘duri dalam daging’ kepada Umno demi memastikan terus kekal dikedudukan sekarang.

Pengorbanan yang dilakukan beberapa pemimpin Umno sudah tidak lagi dipandang kerana ada pemimpin Umno (pejuwang) sudah ‘mengepung’ Ismail Sabri dan mula mengatur strategi untuk terus kekal dalam senarai jawatan tertentu.

Maka, bermulalah pelbagai langkah politik bagi menukar teraju Umno untuk memastikan apa yang dirancang terus berjalan lancar tanpa gangguan. 

MATLAMAT UNTUK MENGHALALKAN PERANCANGAN ‘BROKER’ UMNO

Menghulur tangan kepada ‘musuh politik’ atas alasan penyatuan didendangkan bagi ‘menghalalkan’ matlamat sesetengah pemimpin Umno.

Ahli Umno digesa untuk berlapang dada dan menerima hakikat perlu bersama dalam satu ‘penyatuan besar’ atau khemah besar bagi memastikan kemenangan untuk Umno.

Malah, ada kalangan pemimpin Umno sanggup bergelar ‘Broker’ hanya untuk terus kekal bertanding di parlimen dan diberikan jawatan dalam kabinet. 

Kini sudah tiba masanya, Umno dibersihkan dari anasir-anasir yang hanya menunggang Umno demi kepentingan peribadi berbanding agenda parti. Jalan keluar sudah boleh ditunjukkan kepada barisan pemimpin tamak ini. 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker