“Saya penyanyi nombor satu” – Aliff Syukri
Oleh – Ratna Adam
“Saya penyanyi nombor satu tau”
Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mendakwa dirinya kini bertaraf penyanyi nombor satu di Malaysia menyaingi Dato Sri Siti Nurhaliza.
Beliau berkata demikian dalam sebuah rancangan yang dihoskan Pak Nil atau Datuk Aznil Hj Nawawi.
Ramai tahu, Aliff yang membuat video nyanyian kontroversi tidak mempunyai suara yang bagus sebagai penyanyi.
Bagaimanpun, tahap keyakinannya untuk meletakkan diri sebagai penyanyi nombor satu negara dijangka akan memberi satu fenomena baru industri seni.
Buat masa sekarang, trend mencari penyanyi tidak lagi melalui saringan nyanyian bagi menilai kemampuan sebenar, sebaliknya hanya menerusi nyanyian popular di aplikasi tertentu seperti YouTube dan TikTok.
Apapun, pujuian harus diberikan kepadda Aliff Syukri kerana begitu yakin mengangkat dirinya sendiri.
Bak pepatah yang sering digunapakai – ” A bad publicity is still a good publicity”