Umno masih digeruni, semua pihak beri perhatian

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Umno 2018-2022



 

Melihat situasi politik hari ini mengesahkan Umno masih digeruni oleh pihak lawan. Jika tidak, sudah pasti apa sahaja berita atu ‘kocak dalam cawan’ yang berlaku dalam Umno tidak menjadi tumpuan semua pihak.

Apa sahaja yang membabitkan Umno, akan dijadikan bahan utama berita tanpa mengira arus perdana atau media sosial. 

Malah, ada sesetengah pihak mengambil peluang untuk mengeruhkan keadaan dengan menerbitkan pelbagai artikel mengikut andaian masing-masing. Grafik yang tidak benar juga turut mendapat perhatian walau kebenaran masih tidak diketahui.



Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hamzah Zainuddin sendiri pernah mempertikaikan kekuatan Umno menerusi satu temubual. Walau mengetahui hakikat sebenar selepas kekalahan PPBM dalam 2 PRN, Hamzah tetap cuba memperkecilkan Umno sebagai ‘perang saraf’.

Malah, pendedahan Tajuddin Rahman turut menghiasi laman utama kebanyakan media cetak, audio visual serta media sosial. Pelbagai telahan dibuat berdasarkan apa yang dituturkan Tajuddin. 

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan bersama beberapa orang kepimpinan tertinggi Umno juga turut menjelaskan perkara tersebut.



Bagaimanapun, ada juga pemimpin yang tidak senada dengan arus tertinggi, malah dipercayai ada gerakan tertentu mahu mendesak perubahan dilakukan seberapa segera dalam Umno.

Mungkin ada benarnya, campurtangan ‘tangan ghaib’ dari luar yang mahu merosakkan Umno sekaligus membuat Umno terpaksa ‘melutut’ kepada kemahuan ‘tangan ghaib. Dikirakan sudah sampai masanya anasir ‘si kitul’ diusir dari Umno agar tidak lagi menjadi ‘gunting dalam lipatan’.

Ibarat ‘hujung pepat didalam rencong’ pergerakan licik beberapa pemimpin dalam Umno amat mudah dikesan. Cuma menunggu masa samada mereka mengaku atau identiti mereka didedahkan kepada semua.



Walaupun pelbagai cubaan melemahkan Umno, sokongan akar umbi ahli Umno masih kukuh. Inilah perkara yang ditakuti pihak lawan sebenarnya. 

Apapun tanggapan, Presiden Umno, Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan Umno perlu tegas dalam membuat keputusan terbaik untuk parti bagi memastikan survival Umno diteruskan untuk kebaikan rakyat.

Sejarah “Team A” dan “Team B” berulang dalam Umno



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading