Penyokong Inter sudah maafkan Lukaku

LONDON: Penyokong Inter Milan berkumpul bagi menunjukkan mereka sudah memaafkan Romelu Lukaku ketika penyerang itu menjalani ujian perubatan untuk kembali ke kelab itu menerusi pinjaman setahun.

Jumlah penyokong yang ramai itu mungkin satu kejutan selepas kumpulan ultras Inter meminta mereka tidak menyambut kehadiran penyerang itu dengan bendera dan skaf ketika dia pulang ke Itali selepas dia mengkhianati kelab, namun ia tampak sudah dilupakan.

Pemain Belgium itu meninggalkan San Siro ke Chelsea dengan bayaran £98 juta (RM522.98 juta) musim panas lalu namun dia tidak menemui prestasi terbaik sehingga gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Thomas Tuchel.



Walaupun ia tidak begitu bagus dengan ultras Inter yang dikenali sebagai Curva Nord, yang mengeluarkan kenyataan di media sosial menyesali ‘kelakuan’ pemain itu musim panas lalu, namun Lukaku perlu kembali mendapatkan rasa sayang mereka.

Kenyataan itu menyebut, walaupun dilabelkan sebagai ‘raja’ ketika bersama kelab itu sebelum ini, Lukaku akan kembali sebagai ‘sama seperti pemain lain’.

Kumpulan penyokong tegar itu menegaskan: “Berikutan Lukaku akan pasti kembali ke Inter, sebahagian perkara perlu dijelaskan: Curva Nord menyokong Inter dan tidak akan menghalang pemain itu (walaupun kelakuan dilakukan musim panas lalu).

“Memandangkan keadaan ini, tiada sesiapa perlu menyambutnya dengan skaf atau kain rentang Curva atau kumpulan tertentu,” tambah kenyataan itu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button