6 orang Ahli Parlimen PN bakal keluar parti

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal



Menurut sumber-sumber dalaman, 6 orang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan bertindak keluar parti dalam tempoh terdekat.

Meneliti kepada khabar tersebut, jika 6 orang Ahli Parlimen tersebut meninggalkan PN, mungkin sokongan kepada Perdana Menteri terbatal memandangkan majoriti sokongan tipis.

Dipercayai tindakan ini dilakukan untuk memastikan karier politik mereka dapat diteruskan dengan tawaran baru dikemukakan kepada mereka.

Antara yang dikatakan bakal keluar parti ialah dari kalangan mereka yang pernah melompat ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.



Turut dikaitkan ada juga yang bernaung di bawah salah satu parti dominan PN selepas ‘Sheraton Move’.

Carian terbaru pada 26 Mei 2022, mendapati blok kerajaan mempunyai 116 sokongan manakala pembangkang 103.

Sekiranya 6 orang MP bertindak keluar parti dan tidak terus menyokong kedudukan Ismail Sabri, apa pulangan sebagai jaminan yang boleh ditawarkan jika mahu mereka terus menyokong PM?



Matematik mudah untuk Ismail Sabri mempertahankan kedudukan di Parlimen ialah 112 sokongan, jika 6 tarik diri dari 116 sokongan dan tidak menyokong, ini akan menyusutkan sokongan kepada 110 sahaja.

Namun dalam keadaaan politik tidak menentu sekarang, sokongan bagi PM pertahankan kedudukannya nampak agak sukar. 

Mungkin jalan terbaik ialah membubarkan parlimen dan melangsungkan PRU15 untuk mencari mandat baru.

Arah bubar Umno, Mahathir pembohong!



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading