Tiga maut kemalangan

4 wanita hilang mendaki di Tawau

Kuala Kubu Bharu: Tiga individu maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di depan Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, di sini, hari ini.

Mereka yang meninggal dunia adalah B Janani Sri, 25, PS Thamilselvam, 25 dan PS Sasitaran, 18.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 4.30 pagi.



Beliau berkata, sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu Perodua Myvi dan treler,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button