Musim kemarau landa Asia Tenggara – ASMC

JAKARTA: Musim kemarau bagi wilayah Asia Tenggara, termasuk Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sudah bermula, menurut Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC).

Musim kemarau dikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

“Fenomena cuaca La Nina di Lautan Pasifik Khatulistiwa diramalkan akan terus melemah dan dijangka kekal tidak berubah sepanjang tahun ini,” menurut ASMC dalam satu kenyataan.

Sementara itu, fenomena iklim La Nina dan fasa negatif Dipole Lautan Hindi (IOD) dijangka membawa hujan lebat ke wilayah ini antara Julai dan Oktober 2022.



Namun, ASMC memberi amaran masih terdapat risiko kebakaran dan jerebu ketika cuaca kering dan panas yang berpanjangan untuk tempoh beberapa bulan akan datang.

Oleh itu, ASMC menggesa rantau ini untuk terus berwaspada dan mengambil langkah pencegahan awal bagi mengurangkan kejadian kebakaran hutan.

ASMC juga menjangkakan keadaan jerebu tahun ini tidak seburuk seperti 2015 dan 2019.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker