Anwar Ibrahim dijangka menang besar PRU15

 

Oleh – Baktiar Omar

Anwar Ibrahim



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mampu menang besar pada PRU15 jika melihat kepada perkembangan mutakhir politik.

Namun begitu, kemenangan besar Anwar hanya boleh berlaku sekiranya Pakatan Harapan bekerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa melibatkan DAP.

Menurut satu sumber, perbincangan peringkat tertinggi antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin telah berlangsung dan beberapa persetujuan bersama telah dicapai. 

Anwar Ibrahim & Muhyiddin Yassin



Ini membolehkan gerakan lebih teratur dan tersusun dijalankan bagi memudahkan perancangan menghadapi PRU15 dengan lebih sempurna. 

Namun demikian, segalanya bergantung kepada persetujuan akhir dan disertakan perjanjian yang ditandatangani kedua pihak bagi mengelak peristiwa lama berulang.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim pernah dinafikan jawatan oleh Mahathir apabila melengah-lengahkan peralihan kuasa sebagaimana dipersetujui. 



Dengan gabungan AMANAH, PKR, PPBM, PAS dan Gerakan, kemaraan Anwar tidak lagi boleh disekat mana-mana pihak termasuk PEJUANG, MUDA, DAP atau BN sekalipun.

Konsep khemah besar yang akan dipraktikkan hanya membabitkan mereka yang menyokong Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Kekuatan PKR yang mengamalkan konsep parti terbuka kepada semua kaum akan menjadi pilihan untuk rakyat. Ini bakal menenggelamkan propaganda parti lain yang kononnya memperjuangkan kepentingan kaum tertentu.



Aura kepimpinan Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan kehadiran Rafizi Ramli, seorang pakar formula, yang akan membantunya dalam menguruskan hal ehwal negara terutama bab ekonomi.

Dipercayai juga muka baru yang menang dalam pemilihan PKR baru-baru ini akan diberikan peluang untuk bersama Anwar dalam kabinet sekiranya beliau berjaya membawa gabungan ‘khemah besar’ menang PRU15.

Mahathir pilihan PH jadi PM bukan Anwar Ibrahim



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button