Ditemui Mati Dengan 30 Tikaman Dalam Tab Mandi



Di Hong Kong, China seorang pengajar yoga terkenal, Aqua Chow berusia 23 tahun ditemui mati dengan 30 tikaman dan luka di dalam tab mandi di sebuah hotel lima bintang, The Ritz Carlton di Kowloon West.

Mati dalam keadaan tragis

Polis Hong Kong menerusi laporan The Star, telah menahan seorang penganggur berikutan didakwa membunuh bekas teman wanitanya dan ibu kepada mangsa sebelum ini telah melaporkan akan kehilangan Aqua Chow (Chow Wai-yin). Ujar Penolong Komander Daerah Jenayah Yau Tsim, Superintendan Gar Kam-lam, pegawainya mengesan tanda-tanda pergaduhan dan darah di tempat kejadian.

Bukan itu sahaja, sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan turut ditemui ditemui di dalam tab mandi.

Si mati ditemui dalam tab mandi yang berisi darah kepalanya turut ditenggelami air.



Pemeriksaan awal oleh pakar patologi forensik menunjukkan mangsa mengalami lebih 30 luka pisau pada anggota badan dan badannya di bahagian depan dan belakang.

Ujar Gar Kam-lam lagi, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mangsa ditemui dan pembunuhan tersebut besar kemungkinan telah dirancang.

Siasatan mendapati lelaki itu telah menukar pakaiannya sebelum dia meninggalkan hotel pada waktu subuh pada Khamis.

Bekas teman lelaki telah ditahan

Mengulas lebih lanjut, pihak polis turut menemui barang-barang milik mangsa seperti dompet namun telefon bimbit miliknya sama sekali tidak ditemui. Menurut sumber, kemungkinan telefon berkenaan telah dibuang berikutan menyimpan teks mesej penting antara pasangan itu.



Terdahulu, penganggur berkenaan telah ditangkap tahun lalu berikutan disyaki mengugut Chow dengan gambar bogelnya sebelum pasangan itu berpisah pada Disember.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Chow tinggal bersendirian di Sham Shui Po, dijadualkan menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat pada awal pagi Khamis bagi mengikuti kursus yoga di sana.

Bagaimanapun, dia dilaporkan hilang kira-kira jam 1 tengah hari Khamis selepas ibunya tidak dapat menghubunginya dan mendapati dia tidak menaiki penerbangan ke Amerika Syarikat.

The Star





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker