PPBM tamak, jawatan TPM hendak, jawatan Zuraida pun mahu

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

PPBM Tamak, jawatan TPM Hendak, Jawatan Zuraida Mahu



PPBM membuktikan parti tersebut tamak apabila hendak jawatan TPM diisi segera selain mahu jawatan yang disandang Zuraida Kamaruddin.

Dalam satu kenyataan dalam BERITA BERSATU Ketua Bahagian Hulu Selangor, Mejar Bersekutu (PA) Md Anuar Mohd Nor berkata pelantikan TPM akan mempraktikkan perkongsian kuasa.

PPBM Tamak, jawatan TPM Hendak, Jawatan Zuraida Mahu

Menurut Dr Puad Zarkashiakan diisi oleh Timbalan Presiden PPBM, Faizal Azumu manakala jawatan Menteri yang disandang Zuraida pula akan menyaksikan saingan antara Wan Saiful atau Wan Ahmad Fayshal.



Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mengeluarkan kenyataan mahu agar jawatan Zuraida dipulangkan kepada PPBM atas dasar kuota Keluarga Malaysia.

Sekarang nampak belang sebenar PPBM? Jika Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri akur dengan tuntutan PPBM, maka benarlah telahan sesetengah pihak, beliau sebenarnya hanya PM yang dikawal sepenuhnya oleh PPBM dan Muhyiddin.

 



PPBM Tamak
Tangkap Layar – Wujud Perjanjian Ismail Sabri – Perikatan Nasional?

 

Atau ada kemungkinan Ismail Sabri sebenarnya mengikut ‘perintah’ Tun Mahathir kerana ada desas-desus mengatakan beliau sebenarnya antara ‘orang Mahathir’?

Perlu diingatkan, Mahathir pernah menjadi Presiden Umno selama 22 tahun dan tidak mustahil pengaruhnya dalam Umno masih tersisa.

 



Muhyiddin - Lim Kit Siang

 

Muhyiddin Yassin juga pernah berada di bawah perintah Mahathir dan dipercayai sehingga hari ini, beliau masih merujuk dengan Mahathir bagi menyusun atur perancangan politik PPBM dalam diam.

Dalam politik, tidak ada istilah musuh selamanya.



Lihat sahaja bagaimana Mahathir akhirnya ‘sujud’ di kaki DAP, bagaimana Muhyiddin yang kononnya mengaku ‘totok Umno’ tetapi akhirnya ‘sujud’ juga kepada PKR, AMANAH dan DAP.

Diharapkan Ismail Sabri kekal pendiriannya dalam Umno dan tidak ‘terkulai’ dek tekanan yang diberikan PPBM terhadapnya.

Zuraida jumpa PM bincang kedudukan dalam Kabinet

 



 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button