Tyrell Malacia pemain pertama diikat Erik Ten Hag
London: Tyrell Malacia menjadi pemain pertama yang diikat oleh Erik ten Hag di Manchester United selepas bek kiri itu melengkapkan perpindahan £14.7 juta (RM77.70 juta) dari Feyenoord.
Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun di Old Trafford dengan pilihan lanjutan tambahan satu tahun.
United bersetuju dengan pakej yang ditawarkan oleh Eredivisie minggu lalu yang bernilai sekitar £13 juta (RM68.72 juta) dengan tambahan £1.7 (RM8.89 juta) dan juga klausa penjualan.
United mempercepat urusan perpindahan pemain Belanda itu selepas Lyon turut berminat mendapatkan pemain itu.
Malacia adalah bakat yang sangat dikenali Ten Hag ketika beliau menjadi ketua jurulatih kepada Ajax.
Dia mempunyai ciri-ciri yang diinginkan oleh pengendali warga Belanda itu di Old Trafford dan percaya Malacia mampu menjadikan United lebih baik secara khususnya dalam fasa peralihan kelab berkenaan.
Malacia dikatakan mempunyai kepantasan, bijak menghidu posisi dan mempunyai kadar kepantasan yang tinggi dan keupayaan untuk menyerang di bahagian lawan.
Ketibaannya di Carrington mampu untuk menjadi pemain sayap terbaik dan boleh menyerlah dengan lebih pantas di bawah kendalian pengurus berusia 52 tahun itu.
METRO