Hentikan penanaman 20,000 ekar durian di Baling
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Kerajaan Negeri Kedah wajar menghentikan baki 20,000 ekar yang diluluskan untuk penanaman durian di Baling untuk mengelakkan kejadian banjir lumpur berulang.
YAB Menteri Besar Kedah, Hj Muhammad Sanusi Md Nor, sepatutnya telah mengeluarkan arahan kepada pengusaha durian untuk menghentikan aktiviti penanaman durian yang disyaki menjadi punca kejadian banjir lumpur.
Agak mengecewakan apabila Menteri Besar Kedah YB Hj Sanusi meminta agar semua pihak tidak menyalahkan pengusaha ladang durian di Gunung Inas sebagai punca kejadian banjir lumpur.
Persoalannya, adakah ada laporan EIA yang khusus mengkaji kemungkinan risiko berlaku runtuhan tanah dari tanah tinggi seperti kawasan tanaman durian?
Siapakah yang meluluskan lesen penanaman serta kerja mengeluarkan kayu (20,000 ekar -rujuk video) dari kawasan tanaman tersebut?
Apa yang berlaku kini, bekas Menteri Besar dan Menteri Besar saling tuding menuding untuk mengelakkan diri dari dikritik.
Banjir lumpur yang meragut 3 nyawa bersama 1 janin dalam kandungan patut jadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat.
Hakikatnya hutan yang diteroka bagi penanaman durian akan mengakibatkan ekosistem semulajadi lumpuh.
Hakisan yang berlaku akibat penanaman durian sebenarnya memang kritikal dan boleh diletakkan sebagai antara punca utama banjir lumpur. Bayangkan, untuk menanam durian, hutan akan digondolkan bagi memastikan pertumbuhan durian tidak terganggu.
Ini bagi menjamin tidak ada risiko lumpur dihanyutkan ke kawasan penempatan apabila hujan lebat berlaku.
Rakyat Baling Memerlukan Sokongan Dari Semua Pihak