Resepi Kuih Kaswi 

Resepi Kuih Kaswi 
Resepi Kuih Kaswi

 

Resepi Kuih Kaswi yang cukup mudah kerana sukatannya hanya menggunakan cawan. Che Nom masak dahulu gula merah dan gula putih bersama daun pandan supaya kuih yang terhasil nanti akan lebih wangi dan sedap rasanya. Tekstur kuih kaswi ini tak terlalu keras dan masih bergoyang, menandakan kuih kaswi lembut sedang elok sahaja.

Sila rujuk bahagian TIPS untuk penyediaan kuih kaswi.

 



Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk A:
    • 1 cawan gula merah
    • 1 cawan gula putih
    • 2 cawan air
    • 1 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk B:
    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung ubi kayu
    • 3 cawan air
    • 2 sudu besar bancuhan air kapur
  • Bahan-bahan untuk C:
    • 1 biji kelapa parut
    • sedikit garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Carikkan daun pandan dan simpul. Masak kesemua bahan-bahan A dan tapis.
  2. Dalam mangkuk berasingan, masukkan kesemua bahan-bahan B. Tuang bahan-bahan A yang dimasak tadi dan kacau sebati.
  3. Dalam loyang, tuang adunan sehingga 3/4 penuh dan kukus selama 25-30 minit.
  4. Angkat dan sejukkan adunan kuih sepenuhnya sebelum potong.
  5. Gaul kesemua bahan-bahan C dan salutkan kepada adunan kuih yang sudah dipotong.

 



Tip:

 

  • Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis ke dalam kuih.
  • Boleh juga gantikan gula merah dengan kepingan gula melaka atau dicampurkan keduanya, asalkan anggarannya adalah sebanyak satu cawan.

Resepi Kuih Kacang

Resepi Kuih Kaswi

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading