Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa 'fitnah' Arman belakangkan Zahid?

Pengisytiharan sokongan oleh Ketua Umno Bahagian Subang, Senator Dato Arman Adzha kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahdi Hamidi agak menarik.

Tidak timbul soal Arman membelakangkan Presiden Umno sepanjang 2021 – 2022 sehinggalah selepas Zahid diumumkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau membuat sokongan terbuka di atas pentas dalam sebuah majlis makan malam dikatakan tindakan ‘U Turn’ paling epik dalam kamus politikus.



Bagaimanapun, Arman menafikan tindakan memberi sokongan itu adalah tindakan ‘U Turn’.

Sebaliknya beliau memperincikan hubungan baiknya dengan semua pemimpin tertinggi Umno terutama dengan bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri. 

Siapa 'fitnah' Arman belakangkan Zahid?

Agak pelik mengapa nama Najib tidak disertakan sekali dalam penulisan beliau? Adakah sudah ‘hilang ingatan’ bagaimana beliau ‘mengucup’ tangan Najib satu ketika dahulu?

KONTROVERSI PORSHE RM1.77 JUTA MILIK ARMAN MASIH MISTERI

 

Arman sebelum ini terpalit dengan kontroversi membabitkan kemalangan sebuah kenderaan mewah bernilai RM1.77 juta hingga menimbulkan persoalan dari mana beliau memperolehi kekayaan ‘luarbiasa’.



Sebagai seorang yang mempunyai potensi untuk pergi jauh dalam politik, apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan menjadi perhatian.

Difahamkan beliau mempunyai sebuah pejabat di sebuah tempat yang terkenal sebagai tempat berkumpulnya politikus ‘kaya’ dan mewah.

Usaha serta penat-lelah beliau mendapatkan projek-projek tidak perlu dipertikaikan samada kerana hubungan baiknya dengan mana-mana pemimpin sebelum ini.

Arman juga didapati tidak tersenarai dalam sebuah grafik yang tular di media sosial berkaitan saf kepimpinan Umno sekiranya berlaku pemilihan Umno.

Yang paling penting, Arman tidak meninggalkan ‘Mentor’ Politik beliau selepas Ismail Sabri tidak lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker