Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun

Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun

Presiden PAS, Hadi Awang, telah hadir di IPD Sentul setelah dipanggil oleh pihak polis untuk merakam keterangan beliau.

Hadi telah disoal siasat di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Multimedia & Komunikasi.



Siasatan dibuat ekoran dari pelbagai laporan polis yang telah dilakukan di IPD Sentul, Dang Wangi dan juga Alor Setar.

Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Manakala untuk seksyen 233 Akta Multimedia, hukuman penjara 1 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Ketika ditemui oleh wartawan di luar IPD Sentul, Hadi yang nampak gementar menyatakan beliau bersedia untuk diheret ke mahkamah.



Namun begitu, dalam masa yang sama, Hadi mahu supaya semua kes penghinaan ke atas Islam yang telah dilapurkan supaya diambil tindakan segera.

Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri.

Sukri pernah mengeluarkan ingatan agar jangan ada pihak yang berani ganggu Hadi Awang.

Sekiranya itu berlaku, Sukri memberi amaran akan ada himpunan besar-besaran dari PAS sebagai menunjukkan tanda bantahan.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/01/pas-cabar-kedaulatan-undang-undang-negara/

Namun dari pemerhatian penulis, ketika Hadi hadir di IPD Sentul, tidak sampai 10 ahli PAS yang berkumpul di luar IPD Sentul.

Atau mungkin pada kiraan matematik Sukri, setiap orang yang hadir, ianya mesti digandakan dengan angka seratus ribu…😜😜😜



Kerana menunggu perhimpunan yang Sukri janjikan, maka penulis menangguhkan untuk menulis mengenai kehadiran Hadi di IPD Sentul.

Namun hingga ke saat ini, jangan kata sejuta orang berhimpun, seorang pun tidak ada yang berhimpun untuk Hadi Awang.

Begitulah keadaannya bila bercakap dahulu kemudian baharu berfikir.

 



Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button