Pemandu tercampak, cedera

ALOR SETAR: Seorang lelaki tercampak keluar dari kereta, sebelum kereta terbakar selepas berlanggar dengan sebuah lori pembersihan di Mergong, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.40 pagi tadi.

Beliau berkata, pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Radzi Abu Talib membantu mangsa.



Mohamadul Ehsan berkata, pasukan petugas menstabilkan mangsa dan memadam kebakaran.

Katanya, mangsa iaitu pemandu kereta berusia 39 tahun itu diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

“Kereta musnah 90 peratus dan operasi tamat pada jam 7.30 pagi,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button