Video Pencuri Kelapa Sawit Di Tangkap

 

Video Pencuri Kelapa Sawit Di Tangkap

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya pasti jatuh ke tanah juga.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, itu pesanan orang-orang tua kepada kita.

Tindakan dua lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan Myvi tidak kesampaikan apabila dihalang oleh seorang lelaki yang menyaksikan kejadian itu.



Malah lelaki tersebut turut merakam kejadian kecurian itu.

Ianya membuatkan kedua-dua pencuri menurunkan semula buah kelapa sawit daripada kenderaan berkenaan.

Berdasarkan video yang tular itu, salah seorang pencuri dilihat sempat memohon maaf.

Saksi juga mengugut akan melaporkan kejadian mencuri buah kelapa sawit itu kepada polis.



“Banyaknya kamu ambil buah kelapa sawit, janganlah buat macam itu atau mahu saya lapor kepada polis,” katanya.

Video berdurasi 25 saat itu mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Perbuatan pencuri yang mencuri buah kelapa sawit kini semakin berani dilakukan di siang hari.

Malah mereka juga sudah berani menggunakan kenderaan biasa bagi mengangkut hasil curi untuk dijual.



Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi mengesahkan masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu berkaitan kes kecurian itu.

Namun jelasnya, polis sentiasa berusaha untuk mengesan dan menahan suspek daripada terus melakukan jenayah curi yang merugikan pekebun-pekebun kelapa sawit di daerah ini.

Apa yang menyedihkan, kebanyakan kes kecurian buah kelapa sawit dilakukan oleh anak bangsa kita yang malas bekerja tetapi mahu pendapatan secara mudah.

Video Pencuri Kelapa Sawit Di Tangkap

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading