Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

Bukan setakat di Malaysia, malah tular di seluruh dunia apabila SPRM mengesahkan telah menyita Menara Ilham milik Daim Zainuddin dan keluarga beliau.

Punca utama kenapa Menara Ilham disita adalah kerana Daim enggan mengisytiharkan dari mana beliau mendapat dana membina menara tersebut.

Tetapi menurut sumber dalaman SPRM, bukan hanya Menara Ilham yang sedang disiasat oleh SPRM.



Malah aset Daim yang lain juga akan turut disiasat oleh SPRM untuk mengenal pasti punca dari mana ianya diperolehi.

Dilaporkan SPRM juga sedang menyiasat aset lain yang berkaitan dengan Daim termasuk sebuah hotel dan institusi perbankan di luar negara.

SPRM juga sedang meneliti perniagaan Daim dan bagaimana tokoh korporat itu memperoleh semua asetnya.

Berkenaan penyitaan terhadap Menara Ilham, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menjelaskan:



“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya”.

“Itulah apa yang berlaku”.

“Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” jelas Azam Baki.

Selepas SPRM menyita Menara Ilham, terdapat gesaan dari beberapa pihak supaya SPRM turut menyiasat Dr Mahathir.



Ada asasnya gesaan tersebut kerana Daim diketahui adalah sekutu paling rapat kepada Dr Mahathir.

Dan ketika Daim menjadi Menteri Kewangan, Dr Mahathir adalah manusia yang paling berkuasa di Malaysia ketika itu.

Dan sepanjang beliau berkuasa, kesemua anak beliau telah menjadi jutawan segera.

Penulis percaya, SPRM mempunyai strategi sendiri untuk memastikan kesemua perompak negara tidak terlepas dari di heret ke mahkamah.



Yang perlu kita lakukan hanya menunggu dengan penuh kesabaran.

Bukan Hanya Menara Ilham, Aset Daim Yang Lain Juga Akan Di Siasat

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading