Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?
Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?

RAWANG: Polis giat menyiasat motif kewujudan sembilan paku yang dipacak di bahu jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes di sini, sehingga mencederakan seorang lelaki, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.28 pagi tadi.
“Siasatan mendapati kejadian kira-kira jam 7 pagi ketika pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun berjoging di kawasan terbabit.
“Pengadu terpijak paku yang dipacak di bahu jalan dan mendapati sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Noor Ariffin berkata, kejadian menyebabkan pengadu cedera di tapak kaki kiri dan tapak tangan kiri.
“Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Kenapa ada sembilan paku terpacak di tepi jalan?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Dan Gerakan Berputih Mata, Calon PRK Kuala Kubu Baharu Dari PPBM
- MIC Turun Berkempen, MCA Boikot PRK Kuala Kubu Baharu
- PAS Masih Mencari Dalil Untuk ‘Halalkan Kesalahan’ Anak MB Perlis
- Titah Addendum – Kenyataan dan pendirian Anwar didorong pemegang saham terbesar Pakatan Harapan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :