Pemimpin UMNO Mesti Bangun Dari Tidur Atau Tunggu UMNO Di Talkinkan

Pemimpin UMNO Mesti Bangun Dari Tidur Atau Tunggu UMNO Di Talkinkan

Pemimpin UMNO Mesti Bangun Dari Tidur Atau Tunggu UMNO Di Talkinkan

Bekas Presiden UMNO selama 22 tahun yang kini telah menjadi musuh UMNO, Dr Mahathir berkata UMNO akan pupus dalam PRU 16.

Dari satu sudut, kenyataan Dr Mahathir boleh dianggap sebagai psywar untuk terus melemahkan UMNO.

Tetapi dari satu sudut yang lain, sekiranya kita jujur dengan diri sendiri dan menilainya dari sudut yang rasional, ada kebenarannya.



Malah, penulis tidak teragak-agak untuk mengatakan, sekiranya tiada usaha konkrit yang komprehensif, kemungkinannya adalah sangat tinggi.

UMNO kini berada di dalam keadaan yang cukup lemah dalam sejarah 77 tahun penubuhannya pada tahun 1946.

Indikator terhadap kemerosotan sokongan bangsa Melayu sebenarnya sudah ada sejak dari PRU 13 lagi.

Tetapi ianya tidak begitu ketara sehinggalah ke PRU 15, di mana UMNO menerima pukulan TKO dalam PRU 15.



UMNO hanya mampu memenangi 26 kerusi parlimen.

Lebih memeritkan, negeri yang majoriti pengundinya adalah Melayu seperti Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu, UMNO hilang penguasaannya.

Pemimpin UMNO Masih Bermimpi

Sangat menyedihkan apabila pemimpin UMNO sama ada di pusat, di bahagian atau di cawangan, masih lagi lena diulit mimpi kegemilangan UMNO.

Masih berada dalam sindrom penafian akan kelemahan UMNO dan penolakan orang Melayu terhadap UMNO.



Sehingga ke hari ini masih tidak ada post mortem yang benar-benar jujur mengenai kekalahan UMNO dalam PRU 15 dan PRN di 6 negeri.

Yan ada hanyalah alasan klishe yang akan mempercepatkan lagi proses kepupusan UMNO.

UMNO ditolak kerana fitnah oleh musuh UMNO, UMNO ditolak kerana gagal menguasai media sosial adalah alasan yang diberikan.

Benar musuh UMNO menabur fitnah dari setiap penjuru terhadap UMNO.



Juga benar UMNO gagal menguasai media sosial untuk menjawab fitnah oleh musuh UMNO.

Tetapi, apakah langkah yang telah, sedang dan akan diambil untuk mengatasinya.

Yang ada kedengaran menjawab fitnah di media sosial hanyalah Lokman Adam, Dr Puad Zarkashi dan beberapa kerat pemimpin UMNO lagi.

Persoalannya, di manakah perginya pemimpin UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat?



Di mana perginya ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO?

Mana perginya Ketua Penerangan UMNO di peringkat negeri dan bahagian serta cawangan?

Apakah mereka masih lagi lena diulit mimpi mendapat jawatan tertentu?

Teguran Pengerusi Pakatan Harapan Tidak Sepatutnya Berlaku Tetapi Perlu



Baru-baru ini, perdana menteri yang juga merupakan pengerusi Pakatan Harapan,Anwar Ibrahim, membuat teguran mesra tetapi tegas kepada UMNO.

Anwar menggesa agar pemimpin UMNO di setiap peringkat supaya turun padang untuk memberikan penjelasan kepada akar umbi.

Menurut Anwar, antara punca utama penolakan orang Melayu kepada UMNO adalah kerana kerjasama antara UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan.

Kini, kerjasama antara UMNO dan Pakatan Harapan yang terdapatnya DAP sudah menjangkau lebih dari setahun.

Orang Melayu yang berada di akar umbi masih lagi dikelirukan dengan momokan DAP adalah parti cauvanis yang akan mengancam orang Melayu.

PAP di Singapura dijadikan dalil kepada hujah musuh UMNO dan ianya dikaitkan dengan DAP adalah parti serpihan PAP yang berkongsi ideologi yang sama.

Penguasaan DAP di dalam Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 di era Dr Mahathir dijadikan hujah untuk menyokong dalil mereka.

Dr Mahathir pula memainkan peranan dengan memberikan gambaran parti DAP adalah parti yang sukar dikawal.

Persoalannya, berapa ramaikah pemimpin UMNO di pelbagai peringkat turun padang untuk memberikan penjelasan?

Apakah ada pemimpin UMNO yang menjelaskan bahawa Dinasti Lim kini sudah tidak mempunyai kuasa dalam DAP.

Tony Pua sudah terpinggir, Ramasamy juga sudah dipinggirkan dan Lim Kit Siang kini tidak memegang apa-apa jawatan dalam DAP.

Berapa ramai pemimpin UMNO yang menjelaskan kepada akar umbi bahawa parti Gerakan jauh lebih cauvanis dari DAP?

Adakah pemimpin UMNO menjelaskan kepada akar umbi bahawa kerjasama antara UMNO dengan Pakatan Harapan adalah kerjasama bersyarat?

Apakah ada pemimpin UMNO yang turun ke bawah untuk menerangkan perubahan sikap pemimpin DAP?

Mengapa tidak diterangkan berkerjasama dengan parti Gerakan adalah jauh lebih merbahaya dari berkerjasama dengan DAP.

Bangkit Dari Mimpi Sebelum Kehilangan Segala-galanya

Janganlah terlalu yakin bahawa amat mustahil untuk UMNO ditalkinkan.

Belajarlah dari sejarah bagaimana empayer Othmaniah yang menguasai 2/3 dunia selama berabad lamanya, akhirnya tumbang kerana kealpaan pemimpin.

Kalau empayaer Othmaniah boleh tumbang dan dipindahkan ke muzium, inikan pula parti UMNO.

Pilihan yang ada sama ada bangkit dari mimpi mendapat laba politik atau melihat UMNO ditalkinkan.

Pemimpin UMNO Mesti Bangun Dari Tidur Atau Tunggu UMNO Di Talkinkan

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading