‘Masih terlalu awal buat Liverpool’ – Klopp

LONDON: Jurgen Klopp mendakwa kekalahan 4-0 Liverpool di tangan Manchester United dalam aksi persahabatan pramusim ‘hadir terlalu awal’ buat sebahagian pemainnya.

Skuad Reds tewas menerusi jaringan Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri di Stadium Rajamangala dekat Thailand, malam tadi.

Namun pengurus dari Jerman itu menegaskan bahawa mereka memberikan sebahagian besar gol kepada Red Devils – yang bermain perlawanan pertama di bawah kendalian pengurus baharu, Erik ten Hag – dan berkata ia ‘agak menakutkan’ mereka tidak menjaringkan gol berdasarkan peluang yang ada.



Katanya: “Keputusan itu kekal dan kami sentiasa menerimanya. Sudah tentu saya rasa, jelas kami juga perlu menjaringkan gol.

“Ia akan menjadi perlawanan lebih menakjubkan kerana gol yang kami berikan. Secara jujur kami sepatutnya diberikan status ‘bantuan gol.’

“Tapi mereka menggunakan peluang, itulah yang berlaku. Mereka ada tempoh yang bagus, mendatangkan masalah kepada kami, tapi ada banyak perkara bagus dalam pasukan kami juga.

“Perlawanan ini terlalu awal buat kami, untuk beberapa orang pemain kami. Anda juga boleh melihatnya. Kesilapan berlaku dalam bola sepak. Kami boleh menjaringkan tiga atau empat gol dalam lima minit terakhir tetapi kami tidak melakukannya, itu salah kami.”



Dan pengendali dari Jerman itu juga memberi pandangan terhadap pemain mahal yang baharu dibeli musim panas ini, Darwin Nunez.

Katanya: “Ia adalah sesi ketiga dan saya rasa selepas tiga ujian pantas, paru-parunya hampir boleh bersedia, seperti kami sudah membunuhnya.

“Tapi dia mahu berlari dan pemain mahu memberikan bola ke sana, itu sudah pasti satu daripada kekuatannya.

“Dia berbahaya, semua perkara ini. Kini kami akan melihat, saya rasa profil sebenarnya ialah nombor sembilan kerana sangat membantu dengan kepantasan, dengan penggunaan badan yang agresif.”



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button