Tiga pertarungan Mayweather tahun ini

Los Angeles: Floyd Mayweather mendedahkan perancangannya untuk keluar daripada persaraan tahun ini dengan beraksi tiga pertarungan yang membolehkan dia mengaut hampir £168 juta (RM884.59 juta).

Jaguh berusia 45 tahun itu menyertai pertarungan pertunjukan sejak bersara tetapi kini mendedahkan dia mahu kembali ke gelanggang profesional.

Namun petinju Amerika Syarikat itu menetapkan hanya menerima tawaran tidak kurang daripada £168 juta untuk keluar daripada persaraan.



Bercakap kepada FightHype, Mayweather berkata: ‘Saya ada tiga lagi pertarungan tahun ini, satu mungkin pertarungan dan dua lagi pertunjukan.”

Mayweather menyertai 50 pertarungan sepanjang karier dan menang kesemuanya sehingga dianggap antara legenda tinju selepas meraih 15 gelaran utama.

Dia secara rasmi menggantung sarung tinju pada 2017 selepas menewaskan bintang UFC, McGregor pada aksi terakhir pertarungan profesionalnya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button