“Kalau Tak, Kami Tak Sedar” – Linda Hashim Akui Hadapi Situasi Sama Dengan Farid Kamil Dan Diana Danielle

“Kalau Tak, Kami Tak Sedar” – Linda Hashim Akui Hadapi Situasi Sama Dengan Farid Kamil Dan Diana Danielle

“Kalau Tak, Kami Tak Sedar” – Linda Hashim Akui Hadapi Situasi Sama Dengan Farid Kamil Dan Diana Danielle
“Kalau Tak, Kami Tak Sedar” – Linda Hashim Akui Hadapi Situasi Sama Dengan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego luah rasa gembira apabila Farid Kamil dan Diana Danielle mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 31 Ogos lepas. Linda dan Beego pun pernah ada dalam situasi seperti Farid dan Diana.

Menurut laporan Harian Metro, Linda juga berkata bahawa keputusan seperti itu akan berlaku sekiranya kedua-duanya cuba untuk rendahkan ego masing-masing.

Saya sebenarnya gembira apabila baca cerita Farid dan Diana kembali rujuk serta bersama. Saya ada beritahu Beego dan dia senyum tanda gembira dengan keputusan mereka.



Bagi saya, mereka sama-sama buang ego sebenarnya. Kalau ada ego, mereka takkan dapat berbaik semula macam sekarang.

Kata Linda, situasi yang dihadapi Diana dan Farid itu adalah sama seperti keadaan yang dialami dia dan suami sebelum ini.

Apa yang berlaku kepada mereka sama juga dengan yang kami alami. Kami bercerai sekitar tiga minggu sebelum ambil keputusan untuk rujuk semula.

Benda itu kena buang, masing-masing kena ada kesedaran dan ambil sebagai pengajaran. Sebab tak semua orang nak bercerai dalam rumah tangga.



Saya ada beritahu mentua saya dan semuanya tapi mereka tak faham. Inilah pengajaran. Kita asyik bergaduh depan anak-anak dan ia sesuatu yang tak bagus.

Penyelesaiannya, kita kena bagi pengajaran pada diri masing-masing. Kalau tak, kami takkan sedar. Itu yang kami pergi mahkamah. Mereka yang betul-betul nak bercerai itu kerana ada orang ketiga.

Jadi saya nampak perceraian pasangan ini seakan sama macam kami. Itu sebab masa orang temubual kami, saya dan Beego banyak mendoakan pasangan yang dalam proses nak bercerai fikir baik-baik dan kalau bercerai pun, gunakan proses dalam edah itu untuk fikir sebaiknya

Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan 3 orang cahaya mata.



Kredit: Harian Metro

“Kalau Tak, Kami Tak Sedar” – Linda Hashim Akui Hadapi Situasi Sama Dengan Farid Kamil Dan Diana Danielle


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading