Padah Kutip Duit Di Tandas Restoran Terkenal

Padah mengutip wang kertas di lantai tandas sebuah restoran terkenal, seorang wanita di Amerika Syarikat dikejarkan ke hospital selepas seluruh tubuh badannya menjadi kebas.

Kebas lepas kutip duit di tandas

Menurut Renee Parson, dia bersama suami, Justin dan anak-anak telah singgah ke restoran tersebut untuk menggunakan tandas. Ketika itu, dia sedang menggendong bayinya untuk menuju ke tandas, tiba-tiba dia ternampak sekeping wang kertas berada di lantai berhampiran tandas. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengambil wang tersebut. Namun siapa sangka, Renee mendakwa tidak sedap badan dan keadaannya itu dikatakan semakin teruk sehinggalah pada satu tahap dia mengalami kesukaran untuk bernafas.



Badan saya menjadi kebas sepenuhnya, saya hampir tidak boleh bercakap dan tidak boleh bernafas. Saya mencuba sedaya upaya untuk kekal sedar. Saya hampir tidak boleh bercakap dan tidak boleh bernafas.

Panik melihat keadaan isterinya itu, Justin bertindak menghubungi 911 sambil mencari hospital yang terdekat untuk mendapatkan bantuan. Tambah Justin lagi, dia juga merasakan gejala tersebut selepas Renee memaut lengannya. Namun keadaan Justin pada ketika itu tidak seteruk Renee.

Dia kelihatan seperti orang mati. Dia tidak sedarkan diri dan wajahnya sangat pucat.

Keadaan Renee dilaporkan semakin pulih beberapa jam kemudian selepas menerima rawatan. Menurut sumber, Renee dan Justin mendakwa bahawa wang kertas itu telah disapukan dengan dadah jenis fentanyl.



India Times

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button