PGA7 rampas beg tangan, kasut seludup bernilai RM3.3 juta

Tanah Merah: Polis merampas beg tangan dan kasut terpakai bernilai lebih RM3.3 juta yang dipercayai diseludup dari negara jiran pada kejadian di Bukit Bunga di sini, jam 6 petang kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) sedang membuat rondaan sebelum terserempak dua lori dalam keadaan mencurigakan.

“Kami menahan lori berkenaan serta memperkenalkan diri sebelum memeriksa kedua-dua kenderaan itu.



“Pemeriksaan menemui kasut dan beg tangan pelbagai jenama terbabit dalam longgokan guni yang diletak di belakang lori. Dua suspek berusia 30 dan 31 tahun ditahan manakala barangan dan lori dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk siasatan lanjut,” katanya pada kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kesemua barangan rampasan kemudiannya diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button