Tuntutan Sulu,”Bossku” ancaman besar kegagalan PH

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Najib Razak Tuntutan Sulu - "Bossku" ancaman besar kegagalan PH

Dikenali dengan gelaran “Bossku”, Dato’ Sri Najib Razak kini merupakan ancaman besar buat Pakatan Harapan (PH) dalam isu tuntutan Sulu.



Dari hari pertama bermulanya tugas sebagai Perdana Menteri Ke-6, Najib dimusuhi pembangkang sehinggalah hari ini beliau masih dimusuhi mereka.

Tidak mengejutkan bila sehingga hari ini, Najib masih lagi menjadi sasaran pihak lawan untuk dijadikan subjek sasaran setiap kali mereka mahu mencari perhatian.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pernah mensasarkan Najib menerusi isu Sapura namun akhirnya Rafizi mengalah.

Ini berikutan hujah yang ditulis Najib tidak mampu disangkal Rafizi sehingga membawa kepada Debat Najib-Anwar.



Najib Razak

Anwar pula gagal membuktikan beliau memahami perihal ekonomi dan hanya menumpukan forensik audit sahaja sedangkan tidak mampu menyangkal atau memberi cadangan mengenai ekonomi.

Menyedari gagal menyangkal hujah berfakta yang dikemukakan Najib, Rafizi mengalih serangan dengan menimbulkan isu perjanjian Sulu.

Serangan yang dilakukan Rafizi terhadap Najib dipercayai hanyalah untuk meraih populariti sahaja selain mahu menjadi jaguh Pakatan Harapan. Rafizi sedar Pakatan Harapan sendiri gagal menangani isu tersebut dan untuk dilihat sebagai ‘jagoan’ baru menggantikan Anwar, Rafizi perlu membuktikan beliau mampu mematahkan hujah Najib dalam semua isu yang dikemukakan.



Tuntutan Sulu - "Bossku" ancaman besar kegagalan PH

PAKATAN HARAPAN PERLU ‘JAGUH’ UNTUK MENUTUP KEGAGALAN TANGANI ISU TUNTUTAN SULU

Sebenarnya, Pakatan Harapan sedar mereka melalui Tommy Thomas merupakan sebab utama mengapa Sulu berani bertindak membawa tuntutan mereka ke Mahkamah.

Pakatan Cabinet never discussed letter from ex-AG Tommy Thomas to Sulu sultanate

Dikenali dengan gelaran "Bossku", Dato' Sri Najib Razak kini merupakan ancaman besar buat Pakatan Harapan (PH) dalam isu tuntutan Sulu.



 

Jika Rafizi bijak mengapa beliau tidak merujuk isu tuntutan Sulu terlebih dahulu? Sebenarnya Pakatan Harapan perlu menutup kesilapan mereka sewaktu mentadbir dari Mei 2018-Januari 2020.

Baca – Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion waris Sultan Sulu tidak sah

Tuntutan Sulu - "Bossku" ancaman besar kegagalan PH



Sebenarnya Rafizi melakukan semua ini atas arahan siapa? Meneliti isu tuntutan Sulu, sudah tentu semua pihak tidak nampak arahan serangan datang dari Anwar Ibrahim. 

Seperti ada arahan tertentu dari seseorang yang tahu kegagalan PH menangani tuntutan Sulu sewaktu pemerintahan PH, Rafizi hanyalah ‘orang suruhan’ untuk memanaskan isu dan mengalihkan perhatian seluruh negara.

Mungkinkah Rafizi juga hanya membantu ‘seseorang’ untuk menutup kerja-kerja ‘kotor’ yang telah dibuat semasa berkuasa? Adakah Rafizi juga menjadi ‘Trojan Horse’ kepada individu tertentu?

 



‘Kalau ada GST, rakyat lebih senang hari ini’ – Najib

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading