Mahathir tiada kemampuan jadi PM
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad sudah tiada kemampuan untuk dilantik sebagai PM sekali lagi.
Walaupun beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU15 kononnya atas desakan ramai, Mahathir perlu sedar, kegagalannya selama 22 bulan dinilai rakyat.
Kenyataan beliau yang seringkali tidak konsisten juga antara sebab mengapa Mahathir sudah tidak layak untuk diangkat menjadi PM sekali lagi.
Banyak kenyataan Mahathir berubah-ubah dan kononnya ada desakan walau semua tahu beliau sememangnya sangat mahu menjadi PM sekali lagi.
Dilantik sebagai PM selepas Pakatan Harapan menang PRU14, Mahathir hanya bergelut untuk membenam ‘musuh’ politik dan bukannya berkhidmat untuk rakyat.
Ini perlu diakui Mahathir sendiri bila menilai semula manifesto Pakatan Harapan yang menjadi kempen beliau sebelum itu.
Alasan popular Mahathir ‘manifesto bukan kitab’ bagi mengelak desakan menunaikan manifesto dianggap sebagai mengarut oleh rakyat. Begitu juga bagi mengelak tekanan, Mahathir meletakkan kononnya tidak menyangka PH akan menang dan janji dibuat tanpa memikirkan kemenangan.
MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI-MAHATHIR
Ini amat menjengkelkan rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada Mahathir. Namun begitu, Mahathir mengambil jalan singkat ‘mensucikan diri’ apabila meletakkan jawatan pada Januari 2020.
Beliau berbuat demikian bagi melepaskan diri dari tanggungjawab serta menutup ruang untuk Anwar Ibrahim diangkat menggantikannya selepas 2 tahun sebagaimana dipersetujui PH sebelum itu.
Semalam, Mahathir memuji Rafizi Ramli dan menyifatkan Anwar sudah hilang populariti, esok mungkin beliau akan cakap Anwar layak jadi PM kerana popular dikalangan marhein.
Mahathir ‘backup’ Rafizi, ada “hubungan sulit”?