PKPB: KPDNHEP jamin bekalan keperluan asas mencukupi, harga stabil

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata selain memastikan bekalan mencukupi, kementerian juga akan mengambil langkah agresif bagi menjamin kestabilan harga ketika negara mendepani gelombang ketiga pandemik COVID-19.

“KPDNHEP memantau rantaian pembekalan barangan di peringkat pengilang, peladang, pemborong dan peruncit bagi memastikan bekalan barangan itu mencukupi selain mengelak isu manipulasi harga oleh peniaga,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan dan pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini malam ini.

Rosol turut menasihati pengguna tidak membuat pembelian panik, khususnya melibatkan barangan keperluan asas ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mengenai tindakan penguatkuasaan yang dijalankan KPDNHEP, beliau berkata sebanyak 81 kes membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan harga dan bekalan barangan direkodkan  sejak pelaksanaan PKPB di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Daripada jumlah itu, 29 kes membabitkan kesalahan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 diikuti Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (24 kes), Akta Perihal Dagangan 1972 (10 kes), Akta Perlindungan Pengguna 1999 (9 kes), Akta Cap Dagangan 2019 (5 kes), Akta Kawalan Bekalan 1961 (3 kes) serta Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid (1 kes).

“Kes membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM117,880 dan 57 kompaun dengan nilai kompaun yang telah dibayar setakat ini ialah RM14,200,” katanya.

— BERNAMA

KAF SOKONG USAHA FELDA AMBIL SEMULA “LOMBONG EMAS”

Relevankah Forensik Kertas Putih Apabila Menggunakan Perkataan “Kemungkinan “ Jika Ada”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker