‘Patut minta beliau bawa abang saya bersama’, Sweet kecewa Muhyiddin boleh ke Indonesia


© Provided by Projek MM Pelakon Sweet Qismina meluahkan simpati kepada abangnya kerana tidak dapat bertemu isteri yang kini berada di Indonesia. — Foto ehsan Instagram/Sweet Qismina

KUALA LUMPUR, 5 Feb — Pelakon Sweet Qismina secara terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke negara jiran, Indonesia.

Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata lawatan Muhyiddin adalah tidak wajar ketika rakyat negara ini dilarang berbuat demikian.

Jelas Qismina, abangnya merupakan salah seorang terkesan dengan larangan keluar negara selepas setahun tidak bertemu isteri yang juga merupakan warga Indonesia.



“Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas. Dia baru kahwin.

“Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini,” katanya di Twitter, semalam.

Muhyiddin melakukan lawatan kerja dua hari ke Indonesia selepas menerima jemputan Presiden Joko Widodo.Lawatan itu merupakan yang pertama kali sejak Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac tahun lalu.

Menerusi lawatan rasmi itu, pelbagai perkara dijangka dibincangkan termasuk diskriminasi minyak sawit, masalah jerebu, usaha sama pelaburan, perdagangan dan kerjasama menangani Covid-19.



Ketika ini, pandemik Covid-19 membadai seluruh dunia termasuk Malaysia menyebabkan kerajaan mengambil keputusan menutup pintu sempadan bagi membendung wabak pembunuh itu.

BILA SWEET QISMINA ‘BERPERANG’ ISU AMBIL & PULANG BUKU TEKS DI SEKOLAH




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading