‘Cytro’ H20 sahkan gabungan Ismail-Hishamuddin

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

 

'Cytro' H20 sahkan gabungan Ismail-Hishamuddin



“Kalau mereka berdua berganding untuk kepimpinan baharu UMNO akan lebih baik.

DSIS Presiden dan DSHH sebagai Timbalan Presiden.”

Perkara tersebut dipercayai dinaikmuat di media sosial oleh seorang ‘cytro’ H20 untuk mengesahkan sememangnya gerakan bagi pemilihan jawatan UMNO musim depan sudah bermula.

Ramai kalangan ahli Umno yang berpegang kepada keputusan EGM UMNO 2022 menzahirkan perasaan tidak puashati terhadap Hishamuddin dan Ismail selain menyatakan mereka berdua tidak layak menerajui UMNO.



'Cytro' H20 sahkan gabungan Ismail-Hishamuddin

Bagi mereka, gandingan Ismail,Hisham bukanlah satu gabungan yang menyakinkan bagi mempertahankan UMNO dari serangan sebaliknya lebih banyak membuka ruang untuk serangan pihak lawan.

Kebanyakan ahli UMNO menyifatkan, Ismail,Hisham bukanlah individu yang sesuai untuk MENJAGA Umno berikutan sifat ‘takut’ kepada pemimpin tertentu pihak lawan.

Selain gandingan Ismail-Hishamuddin, Annuar Musa yang dikatakan turut tersenarai dalam gabungan pemilihan baru kelak juga tidak digemari ahli Umno. Ini berikutan tindak-tanduk Annuar yang dikatakan sering tidak selari dengan apa yang diputuskan parti.



 

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob 'Cytro' H20 sahkan gabungan Ismail-Hishamuddin

Apa yang didesak ahli Umno sekarang ialah pembersihan parti dari sebarang pengkhianatan yang bakal berlaku seperti yang telah terjadi selepas BN kalah PRU14.

Serik dengan acara “lompat katak”, ahli UMNO enggan lagi menanggung para pemimpin yang hanya mementingkan kedudukan, jawatan serta habuan yang bakal mereka perolehi jika menang pada PRU15.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button