Kerajaan luluskan RM5.6 bilion untuk sektor inovasi negara

KUALA LUMPUR: Sebanyak 99 projek dan program Penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan serta inovasi (R&D dan C&I) dengan kos berjumlah RM5.6 bilion diluluskan untuk sektor inovasi negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, projek dan program terbabit diluluskan bagi tempoh 2021 hingga 2022 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Katanya, kerajaan sedar ekosistem yang kondusif penting dalam menggalakkan lebih banyak pelaburan bagi penghasilan perkhidmatan dan produk dengan menjadikan inovasi sebagai tumpuan utama.



“Seperti mana yang saya umumkan semasa pembentangan RMK-12, kita bermatlamat untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2025.

“Ini bermakna Malaysia perlu terus berubah dan berinovasi ke arah negara digital yang makmur dan berdaya tahan melalui pendigitalan, terima guna teknologi dan inovasi bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Persidangan Inovasi Malaysia 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button