‘Pegawai GGK jangan berpolitik untuk pangkat, jawatan’ – Sultan Johor

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mahu pandangan baginda dirujuk dalam penentuan kenaikan pangkat pegawai dalam Kor Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketika menitahkan perkara itu, baginda menegaskan mahu pegawai dalam Kor Gerak Khas tidak berpolitik untuk mendapatkan sesuatu pangkat atau jawatan tertentu.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sendiri akan meneliti segala urusan kenaikan pangkat serta penempatan pegawai yang terbabit dalam Kor berkenaan.



Hal itu disuarakan baginda bagi mengukuhkan Kor Gerak Khas dengan berpendapat perancangan sumber manusia yang lebih tersusun perlu dibuat supaya pegawai pelapis berkualiti dapat dihasilkan secara berterusan.

“Saya harap selepas ini, pihak Panglima Tentera Darat dan Panglima Gerak Khas jangan pandai-pandai buat keputusan kenaikan pangkat tanpa merujuk kepada saya dahulu.

“Penilaian akan dibuat mengikut merit dan bersandarkan kepada latar belakang serta prestasi pegawai berkenaan. Saya tidak mahu ada unsur pilih kasih atau mengikut kem tertentu,” titah baginda.

Baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-57 di Padang Kawad Markas 21, GGK, Kem Iskandar di sini, hari ini.



Turut berangkat ke majlis itu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut bertitah mengingatkan bahawa segala perjawatan dan pangkat yang sudah diperuntukkan kepada Gerak Khas tidak boleh diberikan atau dipinjamkan kepada Kor lain.

“Jika ada pihak yang membelakangkan saya, maka saya rasa tidak perlu lagi untuk saya terus menjadi Kolonel Komandan Rejimen Gerak Khas,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim bertitah menegaskan supaya tidak ada pihak yang memandang pasukan GGK sebelah mata.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button