Ramai tiada lesen memandu
Seremban: Kesalahan membabitkan lesen memandu merekodkan jumlah saman paling tinggi ketika Ops Lejang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, semalam.
Operasi di Hentian Rehat Mambau, Kilometer 8, Lebuhraya Seremban-Port Dickson turut mendapat kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan serta Plus Berhad.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata, pelaksanaan operasi itu memberi tumpuan terhadap kesalahan dilakukan penunggang motosikal.
“Pihak kami memeriksa 564 kenderaan dan 47 daripadanya dikesan melakukan 103 kesalahan.
“Kesalahan paling tinggi adalah tiada lesen memandu, tiada lesen memandu mengikut kelas yang bersesuaian dan lesen memandu tamat tempoh membabitkan 41 notis,” katanya.

METRO