Trofi Liga Juara-Juara sasaran Manchester City

London: Manchester City meletakkan sasaran untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara pertama mereka, tegas penjaga gol Ederson menjelang pertemuan 16 terakhir mereka di RB Leipzig awal pagi Khamis ini dengan menegaskan trofi yang sukar diperoleh itu adalah sebagai “apa yang diperlukan oleh kelab.”

City tidak pernah memenangi trofi terkemuka antara kelab elit Eropah itu dan disingkirkan oleh juara bertahan Real Madrid di separuh akhir musim lalu dan tewas di final kepada Chelsea pada 2021.

Ketika ditanya tentang hasrat Ciy untuk memenangi Liga Juara-Juara Ederson berkata: “Itu objektif utama kami, objektif utama kelab.



“Kami mencuba (untuk memenanginya) dan akan terus mencuba,” tambah penjaga gol Brazil itu.

“Tahun ini, kami mampu untuk mara ke final dan mencabar kejuaraan. Kami adalah pasukan yang mempunyai kualiti dan itu menjelaskan sejauh mana kelab kami berkembang sepanjang lima atau enam tahun yang lalu dengan gelaran Liga Perdana, Piala Liga, Piala FA, Perisai Komuniti.

“Gelaran ini adalah apa yang kelab mahukan, itulah yang kami perlukan oleh pemain dan itulah yang (pengurus Pep) Guardiola perlukan di sini di kelab juga. Tahun ini, kami akan mencuba. Kami akan mengejarnya.”



City berdepan Leipzig dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim lalu, dengan Ederson berkata juara Liga Perdana itu sedar tentang ancaman yang ditimbulkan oleh lawan mereka dari Jerman itu.

“Mereka pasukan yang bagus, dengan pemain yang bagus, jadi kami perlu bersedia. Saya harap kami akan dapat bermain dengan baik, tetapi ia tidak mudah kerana Liga Juara-Juara tidak mempunyai perlawanan yang mudah,”

Reuters




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading