Legenda olahraga Filipina, Lydia de Vega meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bintang pecut Filipina, Lydia de Vega yang dilabelkan sebagai wanita terpantas Asia pada 1980an, meninggal dunia selepas empat tahun bertarung demgan kanser.

Dia berusia 57 tahun.

Akhbar Filipina, Rappler berkata de Vega, yang lebih dikenali sebagai Diay, meninggal dunia semalam.



Anak perempuannya, Stephanie “Paneng” Mercado-de Koenigswarter, dalam kenyataan di media sosial malam tadi berkata: “Dia bertarung dengan hebat dan kini bersemadi dengan aman.”

Laporan awal mengatakan de Vega didapati mengidap kanser payudara pada 2018 dan berjuang melawannya sejak empat tahun lalu.

De Vega adalah seorang daripada atlet terhebat di negaranya, menang 15 pingat emas dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Sukan SEA, Sukan Asia dan Kejohanan Olahraga Asia.



Dia bersara pada 1994 dan bekerja dengan Suruhanjaya Sukan Filipina untuk seketika.

Dia kemudian menjadi jurulatih olahraga Singapura selama 10 tahun.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button