Tidak sesuai miliki pusat latihan boling sendiri – Nathan

KUALA LUMPUR, 19 Okt — Dalam keadaan penularan pandemik COVID-19 yang berlaku kini, timbul persoalan mengenai keperluan untuk skuad boling negara memiliki pusat latihan mereka sendiri, bagi membolehkan latihan harian diteruskan tanpa terganggu.

Ini kerana walaupun skuad boling negara secara konsistennya menghadiahkan pingat daripada pelbagai kejohanan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia selain gelaran Kejuaraan Dunia dan Asia, latihan skuad boling negara terhenti akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bagi menghentikan penularan pandemik COVID-19 di Lembah Klang.

Lebih mengecewakan apabila ketika latihan harian mereka itu perlu dihentikan, sedangkan atlit-atlit lain boleh meneruskan latihan mereka dalam keadaan terkawal dan tertutup.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamid menjelaskan, skuad boling tidak dibenarkan untuk meneruskan latihan mereka apabila venue latihan – Sunway Mega Lane, terletak di dalam pusat beli-belah, menyebabkan atlit terbabit, terdedah kepada jangkitan virus tersebut.



Dan ini bukanlah kali pertama latihan skuad boling negara terjejas, kerana sebagai sukan dalam dewan dan mempunyai risiko penularan virus yang lebih besar, pemain boling merupakan antara yang terakhir mendapat kebenaran untuk meneruskan latihan mereka, sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang lepas.

Maka timbullah cadangan; bagaimana jika skuad boling negara mempunyai pusat boling mereka sendiri, yang mana bukan sahaja boleh digunakan sebagai venue terasing untuk pasukan negara di waktu tidak terjangka, tetapi juga boleh digunakan sebagai tuan rumah untuk kejohanan antarabangsa dan dibuka kepada orang ramai bagi menampung kos penyelenggaraan.

Namun bagi Presiden Kongress Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr P. S. Nathan, perkara itu bukanlah satu cadangan yang sesuai untuk dilaksanakan.

Bagi beliau yang tidak menyokong idea tersebut, mendakwa ia mungkin boleh menjadi satu projek gajah putih.



β€œSaya tidak rasa yang kita mempunyai dana mencukupi pada masa ini (sewaktu pandemik) dan pengurusnya akan alami kerugian. Kita telah mencadangkan perkara ini kira-kira 20 tahun lepas, ia tidak sesuai. Ia mungkin menjadi gajah putih kerana tidak digunakan selepas latihan pasukan.

β€œWalaupun jika dibuka pada orang ramai, kawasan Bandar Sukan KL di Bukit JalilΒ bukanlah satu kawasan tarikan yang besar. Kos penyelengaraan satu lagi isu, kerana kita perlu membayar penjaganya dan menjaga peralatan tersebut.

β€œKami selesa dengan keadaan sekarang, dan selagi kerajaan dapat meneruskan bantuan dana kepada kami kerana kami telah memberikan hasil yang konsisten untuk sekurang-kurangnya 30 tahun, tiada sukan lain boleh capainya, termasuk badminton,” katanya.

Nathan turut mendakwa, dua minggu tanpa latihan itu tidak mengganggu persiapan pemain dan kecergasan untuk kejohanan masa depan, kerana mereka masih meneruskan latihan secara dalam talian di sepanjang PKPB.

Bekas pemain kebangsaan Alex Leiw juga bersetuju dengan pandangan Dr Nathan dan berkata, ia tidak berbaloi untuk membelanjakan wang yang besar untuk pusat latihan boling.

β€œIa akan menjadi sukar untuk selenggara dan peralatan semua amat mahal dan tidak berbaloi. Saya rasa pasukan lain di Asia juga tidak mempunyai pusat latihan mereka sendiri,” katanya.

Alex yang kini melatih pemain junior kebangsaan berkata, beliau kini mengadakan latihan secara dalam talian untuk pemainnya sejak PKPB bermula Rabu lepas.

Korea Selatan, Hong Kong dan Amerika Syarikat antara negara yang mempunyai pusat latihan tersendiri untuk pasukan boling mereka.

— BERNAMA

Pengambilalihan Saham:- Adakah FGV Akan Senasib Dengan DRB HICOM?

UMNO DIGESA BUAT LAPORAN POLIS PENYEBARAN SURAT SOKONGAN PALSU

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker