Pemandu e-hailing terkejut diminta hantar jenazah

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu e-hailing terkejut diminta hantar jenazah
Perbualan antara pemandu dan pelanggannya, di mana dia diminta untuk menghantar jasad kerana tiada ambulans. – SURYAMALANG

Seorang pemandu teksi e-hailing berkongsikan kisah seram dan cemas dialaminya, yang diminta menghantar jenazah ke satu lokasi, lapor akhbar Suryamalang kelmarin.

Menurut pemandu berkenaan, pelanggan meminta agar jenazah tersebut diletakkan di tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan pemandu. Alasan yang diberikan adalah kerana ia kaku.

“Bayangkan pada pukul 12 tengah malam saya dapat pesanan seperti ini,” katanya di platform X.

Dia kemudian kongsikan tangkapan skrin perbualan mesej bersama pelanggannya. Individu tersebut meminta pertolongan daripada pemandu itu untuk membawa jenazah.

Dalam perbualannya, pelanggan itu menjelaskan bahawa dia memesan perkhidmatan e-hailing kerana tiada ambulans untuk menghantar jenazah itu di kawasannya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi penghantaran jenazah tersebut dan keadaan selepas pemandu itu tiba di destinasi. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker