Kanak-kanak 6 tahun rentung rumah terbakar

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki rentung, manakala lima lagi melecur dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Perpaduan, dekat sini, jam 12.35 tengah malam tadi.

Mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6. Lima mangsa yang melecur lima hingga 70 peratus membabitkan ibu bapa dan adik-beradik mangsa berusia antara tiga hingga 43 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam.



Menurutnya, enam anggota dihantar ke lokasi dan sebaik tiba operasi memadamkan api segera dijalankan.

“Selepas api dikawal pada jam 2.04 pagi, pemeriksaan menemukan seorang kanak-kanak rentung di bilik.

“Lima lagi mangsa yang berjaya menyelamatkan diri dilaporkan melecur lima hingga 70 peratus di badan.

“Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan dan mayat mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurutnya, sebuah motosikal turut musnah dan rumah berkenaan hangus sepenuhnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.56 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading