Waris tahta di Eropah dikuasai Ratu

Oleh – Syeikh Baran


Waris tahta di Eropah dikuasai Ratu

Pengunduran Ratu Denmark, Ratu Margrethe, meninggalkan Eropah tanpa Raja wanita, namun tempoh itu tidak lama kerana generasi muda puteri yang lahir pada abad ke-21 akan menaiki takhta di seluruh benua pada tahun akan datang.

Puteri Elisabeth dari Belgium, dilahirkan pada 2001; Catharina-Amalia dari Belanda (2003); Ingrid Alexandra dari Norway (2004); Leonor dari Sepanyol (2005) dan Estelle of Sweden (2012), separuh daripada monarki keturunan di benua itu kemungkinan akan dipimpin seorang Ratu dalam tempoh terdekat.

Ramai yang akan menjadi wanita pertama menaiki takhta selepas pengenalan undang-undang pewarisan oleh wanita, keistimewaan yang sebelum ini dikhaskan untuk waris lelaki.

Ratu terdahulu, seperti Ratu Elizabeth II dari Britain, yang mangkat pada 2022, tidak mempunyai saudara lelaki untuk mewarisi takhta.

“Sweden ialah negara pertama di dunia yang mengamalkan susunan pewarisan neutral jantina pada 1980, apabila Puteri Victoria melangkaui adik lelakinya dan menjadi puteri mahkota secara retroaktif,” kata pakar diraja Sweden, Roger Lundgren kepada AFP.

Sumber – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker