New York saman TikTok, Facebook

Oleh – Syeikh Baran


New York saman TikTok, Facebook
New York saman platform media sosial utama sebab masalah krisis kesihatan mental di bandar raya tersebut. – AFP

New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti TikTok, Facebook, Snapchat dan YouTube kerana didakwa mencetuskan krisis kesihatan mental terhadap golongan muda.

CBC News melaporkan, Datuk Bandar New York, Eric Adams mahu mendapatkan semula ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM477 juta) yang dibelanjakan oleh bandar raya itu untuk membendung krisis kesihatan mental setiap tahun.



“Ciri-ciri yang menyebabkan orang ramai mengklik sudut gelap media sosial ini telah mencetuskan peningkatan kes buli dalam talian, kemurungan, gangguan makanan dan idea untuk membunuh diri,” kata Adam.

Sementara itu, YouTube, TikTok dan Meta yang memiliki Facebook dan Instagram berkata mereka mempunyai ‘alat’ untuk melindungi kesejahteraan remaja.

“TikTok mempunyai perlindungan peneraju industri untuk menyokong kesejahteraan remaja, termasuk ciri sekatan umur, kawalan ibu bapa, had masa 60 minit automatik untuk pengguna di bawah 18 tahun dan banyak lagi.

“Kami kerap bekerjasama dengan pakar untuk memahami amalan terbaik yang muncul,dan akan terus berusaha memastikan komuniti kita selamat dengan menangani cabaran seluruh industri,” kata jurucakap TikTok kepada CBS New York dalam satu kenyataan. – Agensi



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button