“Hak saya dinafikan” – Najib Razak
Dato Sri Najib Razak telah membuat kenyataan media berkaitan apa yang berlaku di Mahkamah. Secara dasarnya, kelihatan hak Najib untuk mendapat pengadilan seadilnya dinafikan.
Bukti baru yang dikemukakan telah ditolak Mahkamah dan ini mencetus pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati serta dunia perundangan dunia.
“di mana hak saya untuk hidup, kebebasan dan hak untuk pendengaran yang adil dipertaruhkan dan bahawa peguam saya yang telah cuba melepaskan diri mereka kerana mereka tidak mampu atau sanggup mewakili saya namun masih lagi dipaksa oleh Mahkamah Persekutuan untuk duduk di meja bar atas alasan bahawa saya diwakili.” – Najib Razak
Peguam Najib, Tuan Hj Hisyam Poh Teik telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak bersedia mewakilinya bila Mahkamah tidak memberi masa yang cukup untuk membolehkannya mengkaji kes secara keseluruhannya.
Hisyam membuat kejutan apabila menyatakan beliau mahu menarik diri dari mewakili Najib namun mengejutkan sekali apabila Mahkamah tidak membenarkan untuk berbuat demikian.
PENGLIBATAN PEGUAM QUEEN COUNSEL DITOLAK MAHKAMAH TINGGI
Perancangan untuk membawa Jonathan Laidlaw dari Queen Counsel untuk terlibat bersama dalam rayuan kes Najib telah ditolak Mahkamah Tinggi.
Najib menjelaskan bukan niat beliau untuk menangguh proses mahkamah, tetapi apabila Laidlaw ditolak dari mewakilinya, beliau tiada pilihan selain melantik peguam baru.
Najib dan Umno berpisah tiada – Jazlan