“Hak saya dinafikan” – Najib Razak

"Hak saya dinafikan" - Najib Razak

Dato Sri Najib Razak telah membuat kenyataan media berkaitan apa yang berlaku di Mahkamah. Secara dasarnya, kelihatan hak Najib untuk mendapat pengadilan seadilnya dinafikan.

Bukti baru yang dikemukakan telah ditolak Mahkamah dan ini mencetus pelbagai spekulasi dikalangan pemerhati serta dunia perundangan dunia.



"Hak saya dinafikan" - Najib Razak

“di mana hak saya untuk hidup, kebebasan dan hak untuk pendengaran yang adil dipertaruhkan dan bahawa peguam saya yang telah cuba melepaskan diri mereka kerana mereka tidak mampu atau sanggup mewakili saya namun masih lagi dipaksa oleh Mahkamah Persekutuan untuk duduk di meja bar atas alasan bahawa saya diwakili.” – Najib Razak

Peguam Najib, Tuan Hj Hisyam Poh Teik telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak bersedia mewakilinya bila Mahkamah tidak memberi masa yang cukup untuk membolehkannya mengkaji kes secara keseluruhannya.

Hisyam membuat kejutan apabila menyatakan beliau mahu menarik diri dari mewakili Najib namun mengejutkan sekali apabila Mahkamah tidak membenarkan untuk berbuat demikian.



"Hak saya dinafikan" - Najib Razak

PENGLIBATAN PEGUAM QUEEN COUNSEL DITOLAK MAHKAMAH TINGGI

Perancangan untuk membawa Jonathan Laidlaw dari Queen Counsel untuk terlibat bersama dalam rayuan kes Najib telah ditolak Mahkamah Tinggi. 

Najib menjelaskan bukan niat beliau untuk menangguh proses mahkamah, tetapi apabila Laidlaw ditolak dari mewakilinya, beliau tiada pilihan selain melantik peguam baru.

Najib dan Umno berpisah tiada – Jazlan



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading