Kawalan keselamatan Istana Kehakiman masih diperketat
PUTRAJAYA: Suasana di perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini, tenang dan hanya petugas media tempatan serta luar negara saja dilihat berkumpul bagi mengikuti prosiding rayuan akhir membabitkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.
Kes SRC : Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Kehakiman bagi kes rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara ke atasnya bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta milik dana SRC International Sdn Bhd. pic.twitter.com/05YSVSujTA
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2022