Muhyddin tidak berani dedah perjanjian penuh?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga hari ini tidak berani mendedahkan perjanjian penuh antara beliau dengan Ismail Sabri Yaakob.
Klausa 7,8, 9 masih menjadi tandatanya kerana ia tidak disiarkan di mana-mana media dan ini menimbulkan persoalan kalangan netizen.
Klausa Ke-10 perjanjian Muhyiddin dan Ismail Sabri –
“Perdana Menteri yang baharu dilantik juga hendaklah memberikan akujanji akan mengadakan rundingan dan mencapai suatu persefahaman dengan pihak-pihak sebelum menentukan tarikh pembubaran Parlimen ke-14 yang akan diadakan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2022 atau mana-mana tarikh yang dipersetujui bersama,”
Mengapa Muhyiddin atau Ismail sendiri tidak berani mendedahkan klausa selebihnya melainkan perkara 1 – 6 dan perkara 10 sahaja di media?
Rakyat perlu tahu apa kandungan yang telah disaksikan oleh Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa.
Bukan sahaja rakyat tetapi UMNO juga perlu tahu sepenuhnya perjanjian tersebut, namun malangnya, ia kekal menjadi rahsia penandatangan.
Jika membaca klausa Ke-10 perjanjian, Ismail Sabri sebenarnya perlu tunduk dan akur dengan kehendak Muhyiddin sekiranya beliau mahu membubarkan parlimen?
Ini petunjuk kelemahan seorang Perdana Menteri yang luarbiasa kerana lazimnya Parlimen boleh dibubarkan oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selepas mendapat nasihat dari Perdana Menteri.
Apa kelebihan Muhyiddin untuk dijadikan rujukan Ismail Sabri bagi membubarkan Parlimen?
Sekiranya antara Muhyiddin dan Ismail Sabri benar-benar telus, mereka perlulah mendedahkan sepenuhnya perjanjian.