Polis Lake County menahan suspek tembakan rambang

HIGHLAND PARK: Polis menahan seorang suspek semalam selepas kejadian tembakan rambang mengorbankan enam orang dalam perarakan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) di pinggir bandar Chicago.

Suspek, dikenali sebagai Robert Crimo, 22, telah ditahan selepas pemburuan besar-besaran merentasi bandar Highland Park di Illinois di mana, beberapa jam sebelum itu, sambutan perarakan 4 Julai yang tertumpu kepada keluarga telah bertukar menjadi adegan kematian dan trauma.

Menembak ke arah orang ramai bercuti dari atas bumbung dengan senapang berkuasa tinggi, lelaki bersenjata itu mencetuskan suasana huru-hara apabila penonton yang panik berlari menyelamatkan diri, meninggalkan laluan perarakan yang berselerak dengan kerusi, belon terbiar dan barangan peribadi.



Pegawai kecemasan berkata, kira-kira 20 orang, termasuk kanak-kanak, dirawat kerana kecederaan tembakan, dengan beberapa dalam keadaan kritikal.

Pejabat sheriff Lake County berkata, Crimo ‘dalam tahanan’.

Terdahulu, polis telah memberi amaran bahawa dia bersenjata dan ‘sangat berbahaya’.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading