Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi “pembungkus” makanan?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Nazlan, Zeti & Tawfiq - Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi "pembungkus" makanan?



 

Berbicara mengenai kertas siasatan, pasti tidak boleh elak dari mengulas kertas siasatan Zeti, Nazlan dan beberapa nama.

Namun demikian, sehingga hari ini, adakah kertas siasatan mereka hanya sekadar “pembungkus” makanan?

Kemusykilan timbul apabila masa yang diambil terlalu lama untuk kertas siasatan yang telah diserahkan oleh SPRM ke Pejabat Peguam Negara.



Pendedahan Tommy Thomas berkaitan Zeti dalam skandal SRC tidak boleh dinafikan. Malah, Tommy turut mengakui mengenainya dalam satu wawancara.

Rakyat turut tertanya mengapa masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap semua ‘bukti’ yang diserahkan melibatkan ZETI AKHTAR AZIZ dan Nazlan Ghazali.

Lebih mengejutkan, apabila Peguam Negara sendiri mengakui kertas siasatan Nazlan tidak berada di PEJABAT PEGUAM NEGARA.

Ini berbeza dengan kenyataan awal PEGUAM NEGARA yang mengesahkan kertas siasatan Nazlan sedang diteliti. Mana satu yang betul sebenarnya? 



Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi "pembungkus" makanan?

“Siasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Pada 23 Apr lalu, KETUA PESURUHJAYA SPRM AZAM BAKI, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan. 

Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. – Laporan FMT 21 Mei 2022



 

 

 

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button